Dua Puluh Dua; Dusty

Tuesday, March 15, 2016


Assalamualaikum,

Sebenarnya aku takde idea nak tulis natang apa kat title tu so aku letak ja la dusty sebab dah berhabuk blog ni aku tinggal kan. Dari bulan berapa rasanya? Hahaha entah lah, aku sekarang dah makin malas nak buka laptop. Kalau buka pun, masa tu tengah nak buat assignment. Kalau tak, tak buka la. Aku penat sebenarnya. Jadi student tak pernah tak penat. Kau student sekolah ka university ka even college pun semua penat. Hari-hari penat nak gi kelas, hadap muka lecturer, buat assignment, pegi library, mana nak terkejar sana-sini, haaaa penat tak? penat tak? Takpe, yang penting kita semua tu dengan ikhlas, inshaa Allah penat tu semua berbaloi. Kita jadi student pun sebab nak tuntut ilmu Allah, bukan benda lain kan? Tired but we worth it.

Actually, aku nak minta maaf sangat-sangat kat semua orang yang dah drop comment kat tag box aku kat tepi tu. I am really sorry sebab tak buka blog tag box aku dah loaded dengan komen-komen korang and aku tak sempat pun nak balas balik *claps my palms together and bow* kalau ada yang minta follow balik tu nanti Iols follow Uols balik okay? I'm so caught up with my schedule until I cannot find a perfect time to check my blog. (and UniSZA wifi was being an asshole for blocking Blogger during day time. I can only check it after 5 p.m) 

Next week dah cuti mid sem and I was like, cepatnya masa berlalu. Aku rasa baru dua minggu yang lalu aku balik UniSZA, sekarang dah cuti mid sem? And it marked the date for final are just around the corner! Haha. Sem ni aku rasa tak beban sangat macam sem lepas. Aku rasa sem ni banyak kot subject law yang mantap la orang kata; Criminal Law, Islamic Criminal Law, Law of Torts, Constitutional Law. Taaaaapiiii entah kenapa sem ni macam relaks semacam? Kah aku yang tak usaha lebih lagi? Sebab bukan student law katanya kalau tak rasa stress hahahahaha aku dah rasa kot tu pun macam nak separuh mati. Aku rasa sampai aku graduate kot aku akan stress dengan cases yang mengarut. Tambah dengan provision yang bertentangan dengan hukum dunia hahahaha #FKIJANGANKECAMPLEASE haha namanya juga belajar kan buat apa nak kecam bagai? Hah, aku malas nak bangkit kan isu ni nanti jadi buah mulut so I better stay quiet :)

Aku balik mana cuti mid sem ni? Ramai kawan-kawan tanya, "Fahtin balik Sabah tak cuti ni?" aku jawab, "Tak, balik Johor ja." "Kat Johor ada sapa?" "Kakak". Selalunya aku balik rumah roommate aku Aja. Tapi kali ni memandangkan kakak dah kahwin and dah menetap kat Johor, and aku pun dengan rela hati balik kat rumah dia kat Segamat nun. Aku tak nak balik sebenarnya, nak stay ja kat UniSZA sebab bila lagi aku nak explore Terengganu ni weh?! Aku tak puas lagi selama lapan bulan aku kat Terengganu ni and I HAVEN'T GONE TO MASJID KRISTAL YET! Caya tak??? HAAAA AKU TAK PERNAH JEJAK LAGI MASJID KRISTAL TUUU. Tu lah aku tak tahu bila aku nak explore Terengganu dengan lebih dalam lagi. Jangan sampai aku graduate dah la. Aku tak nak jejak sini dah. Eh, aku sambung degree kat UniSZA gak nanti so maybe aku round2 time tu ja la. hahaha inshaa Allah kalau panjang umur. 

K. I'll stop the entry here. I guess this is enough, right? I'll update more in the future. Fanfic aku pun dah berhabuk, apa lagi blog ni. Kesian :')

Next sem Iolls praktikal sebulan, tapi tak tahu lagi kat mana. Dah isi borang and hantar kat DBKK and Mahkamah respectively. Harap-harap la dapat dua-dua tapi tak nak tamak sangat so Iols nak DBKK hahahha sebab kat mahkamah boring lols.


You Might Also Like

0 Comment(s)

ありがとございました!