Tiga Puluh; Friends

Friday, September 30, 2016


Assalamualaikum.

Haa lama tak buka blog ni kan? Lepas balik UniSZA langsung tak buka blog, apa lagi nak jenguk. So, memandangkan aku tengah bosan (and another way to get out from the stress of doing mountain of assignments), aku nak luah sesuatu untuk blog post kali ni. Lama dah tak meluah, asyik buat review sana sini kan. Entry kali ni special sikit, sebab ada kaitan dengan pengalaman aku yang sebenar. 

Mesti korang pernah kan masa zaman sekolah dulu, tak kira la rendah atau menengah, ada sekumpulan 'gang' kawan. Pernah kan? Mustahil tak pernah. Aku boleh dikategorikan sebagai orang yang tak ada kawan tetap atau 'gang' ni sampai lah aku masuk sekolah menengah. Sekolah rendah aku tak reti nak ada gang segala ni jadi aku kawan ja dengan semua orang. And lagi satu, aku tak ada best friend pun even kat sekolah menengah. Aku tak tahu sebenarnya nak bezakan antara 'kawan' dan 'sahabat'. Or maybe, memang sebab aku tak ada best friend atau sahabat, aku rasa semua tu tak penting. Yang penting, kau ada kawan. Masuk sekolah menengah, aku start ada gang, masa Form 3. Aku pun tak tahu la macamana aku boleh terlibat tapi as long as I remember, aku dah jadi member group tu sampai hari ni. Tipu lah aku cakap kami tak pernah ada conflict. Lagi2 aku ni yang tak boleh nak baca fikiran semua orang and dah biasa hidup tak pernah ada gang kawan, jiwa aku memberontak. "Aku tak sesuai dengan diorang" "Diorang tak suka aku pun" "Diorang anggap aku ni apa?" Macam2 persoalan terbenam di minda, sampai satu masa kami memang gaduh besar. Aku nangis. Seriously aku cakap, that was my first time in my life I cried for something so little called 'friendship'. Aku tak tahu kenapa aku nangis. Aku ni boleh la dikatakan jiwa kental, tapi pasal one problem tu aku nangis. Maybe sebab aku takut kehilangan diorang once kami dah gaduh. Aku takut aku jadi orang yang dulu - loner, tak ada kawan, ada kawan tapi buat macam tunggul. Sampai lah friendship kami mencapai 2 ke 3 tahun, kami dah semakin matang dan alhamdulillah, setakat ni tak pernah lagi gaduh. Cuma, masing2 sekarang tengah busy dengan kerjaya, sambung study... kami semua sangat lah jarang bercontact sesama sendiri sampai group whatsapp yang dulu riuh waktu zaman sekolah sekarang dah jadi lengang ibarat perigi kosong.

Aku tak kisah pun, yang penting diorang semua sihat belaka.

Sekarang aku dah masuk universiti, aku rasa perkara yang sama berlaku juga. Aku dari seorang yang takde kawan sekarang dah ada gang pergi kelas. Dulu aku pergi kelas sorang2 tapi sekarang dah ada ramai yang temankan. Tak lah sunyi sangat. Tapi aku rasa, lain sangat gang kawan aku sekarang berbanding zaman sekolah dulu. Nak cakap matang, tak lah matang sangat kot. Tapi dari segi saling memahami keadaan masing2. Istilah susah sama susah, senang sama senang, wujud diantara kami semua. Maybe sebab aku duk jauh kot diorang rela pinjamkan duit untuk aku bila aku takde duit. Or maybe, diorang memang jenis macam tu. Kita tak tahu, hati manusia lain2.

Tapi seriously aku cakap, aku belum lagi bertemu dengan orang yang bernama 'sahabat'. Yang mana aku boleh berkongsi suka-duka aku, cerita masalah aku, teman aku nangis, ketawa. Aku tak jumpa lagi yang mana. Setakat ni, aku selalu meluah kat mama kat kakak, tapi tak pernah lagi meluah dengan kawan.

You Might Also Like

1 Comment(s)

  1. I used to be in a group of 4 back then in high school but after the two of us went to MRSM we kinda lost contact so its good that you still have a gang that can have your back.

    And in university, being in a gang does not matter much. Just be friends with everyone and maybe in one of them you might found the friend that you can tell everything to

    Cheers!

    ReplyDelete

ありがとございました!