Tiga Puluh Empat: Kerana Kebahagiaan Itu Lebih Berharga

Friday, November 25, 2016



Sedang saya leka scrolling up and down account Instagram, tiba-tiba terdetik di hati ingin menjengah ke account classmate yang cukup dikenali dengan gelaran 'orang kaya' oleh classmates yang lain. Aku melihat satu persatu gambar yang di upload di account Instagram nya itu, tidak lain tidak bukan hanya gambar selfie yang memenuhi feed. Jarang sekali dia memuat naik gambar yang menunjuk kan dia seorang yang berada atau berstatus tinggi. Terdetik di hati sekali lagi, mungkin dia kaya tapi adakah dia bahagia? Orang kaya mustahil tak bahagia kan? Duit ada ja setiap masa, mustahil ada banyak masalah. Tapi, bagi aku duit tidak mampu untuk membeli kebahagiaan walaupun kau datang dari keluarga yang berada dan dikenali sebagai 'orang senang'. Aku bukan sesiapa untuk menghukum, tapi aku sebagai orang luar, tidak ada hak untuk mengatakan dia sentiasa bahagia. Dia juga manusia, mungkin ada masa-masa dia sama saja seperti orang lain.

Mungkin bagi kita orang yang berada atau berstatus tinggi sentiasa mendapat kebahagiaan. Ya, betul. Kebahagiaan dari segi material, mungkin? Tetapi, mungkin juga kebahagiaan dari segi kasih sayang tidak ada. Begitu lah kehidupan yang ibarat roda. Kita mungkin dilahirkan sebagai orang biasa, bukan orang yang berada. Tapi kita memperolehi kebahagiaan dan kasih sayang yang cukup dari keluarga kita. Kita sudah biasa hidup susah, dan wang bukan lah segala-segalanya untuk membeli kebahagiaan. 

Kita mungkin pernah berfikir bahawa jika kita mempunyai banyak wang, sudah tentu kita lebih bahagia. Tidak salah kita berfikir seperti begitu, mungkin persepsi anda lain daripada apa yang saya fikirkan. Apa yang penting, kebahagiaan bersama keluarga adalah salah satu nikmat yang percuma dikurniakan oleh Allah s.w.t.

You Might Also Like

0 Comment(s)

ありがとございました!